Cinta Drama Korea
oleh Haziq Ridzuan


Versi Cetak

RM10

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM
Format: Paperback
Saiz: 7.5 x 5

ISBN-13: 978-967-2040-15-6

Tarikh Terbit: 3 Jul 2017

Jumlah Muka Surat: 128


Versi eBook

Belum Terbit


Niel, Kim dan AJ adalah tiga pelajar pertukaran antarabangsa dari Singapura. Menggelar diri sebagai KPOP Boys dek kerana minat terhadap muzik Korea popular. Saban hari menerima hadiah dan perhatian terutamanya Niel, selaku ketua kumpulan yang kacak menawan. Pakej wajahnya dijadikan umpan memikat hati para gadis di Sri Bangsar dengan tujuan mengambil kesempatan.

Namun... masih ada seorang gadis yang tidak terpesona, malah menolak sekeras-kerasnya pengaruh KPOP yang dianggap menjengkelkan! Itulah pendirian Ika Ke’embong, pelajar Sekolah Sri Bangsar yang bekerja sambilan sebagai pelayan demi menyara kehidupan.

Konflik bermula apabila berlaku kemalangan kecil di kafe. Sejak kejadian tersebut, dua individu berbalah dan saling mengenakan antara satu sama lain. Perang baling sambal, poster memalukan dan asyik bertingkah kata setiap kali bersua muka!

Sehinggalah suatu hari, Ika menghilang... tidak hadirkan diri ke sekolah. Niel kebosanan dan perasaan benci mula berubah menjadi risau. Diam-diam, jejaka itu memendam perasaan kepada Ika.

Namun, Niel sudah terlanjur bicara dan Ika mula membenci tiada tara. Bagaimanakah kesudahan hubungan? Berjayakah si gadis benci KPOP menerima perdamaian? Segalanya terjawab dalam CINTA DRAMA KOREA!